Saturday 31 March 2012

Earth Hour 2012

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat semua...

Yoes lama tak update blog tau.. sila lah babab tuan punye belog ini.. hehe...

Malam nie adalah malam earth hour sedunia.. Tak lama pun cuma 1 jam je kan ?? U all tutup tak electric segala nie ?? alaa mesti ade yang sokong kan benda nie ?? hehe Chill CikUna tau dah.. Coz adik CikUna pun sama, tutup je lampu tapi pasang kipas & beron9.. hikhik.. Apa2 je la Labu.. Just nak share yang kalau kita sayang bumi kita sila tolong jangan mencemarkan ia atau membuat sesuatu yang boleh menyakitkan ia coz kita kan sama2 tinggal kat BUMI ALLAH nie.. Tak semestinya time Earth Hour je kan cara nak lindungi BUMI nie.. banyak sebenarnye tau.. haaaa cube share kat sini meh... hehe

credit to google lor der.. hehe..

Tilik~Belek~CikUna :  kat kampung Una ni diorang macam tak pulak nak tutup2 lampu segala.. hehe

Wednesday 28 March 2012

Rayyan Hazem is Two....

Salam u all.... huhu entry lepas CikUna ada cerita tentang kenduri kahwin jiran sebelah rumah kan.. Kebetulan pada 25 Mac 2012 tu adalah Birthday my Nephew yang ke-2..

Nak wish Happy Birthday To Rayyan Hazem bin Raat Hamudy... Semoga menjadi anak yang Soleh dan berguna. Semoga membesar dengan sihat dan bijak.



Happy Birthday from Ayah, Ibu, Atuk, Nenek, Acik Dik, Mama, Achik, Acu...


Kek sedap untuk Birthday Boy.. Nyum2 Sedap tau.. cube teka kek apa ??? hehe



Tilik~Belek~CikUna  : MAMA SAYANG HAZEM !!! hehe dah terlambat baru nak update...hoho

Saturday 24 March 2012

Type Panjang2 + Laju2....

Hari ni dan esok ada majlis kenduri kahwin di rumah jiran sebelah rumah... Anak perempuan ke-3.. Lagi muda dari CikUna yang dah tua nie tapi belum kahwin2 lagi nie..( eceh tua ke ??? hehe )... Sebelum tu nak minta ampun sangat2 coz lama tak update blog.. Nak update tapi selalu tak kesampaian... rindu dekat kawan2 semua... iskhhh.. Sebenarnya... yang sebenarnye, CikUna tengah geram + Sakit hati Arnab dengan seseorang.. Tapi... its ok la, just pendamkan IT di Heart je.. lor terabur bahasa den..hikhik..

Just nak share and nak tanya pendapat u all, apa yang u all akan buat bila seseorang mungkir janji ?? Or ke u all pun pernah termungkir janji juge ?? hehe Chill...

## Peringatan, ini adalah entry terpanjang dari CikUna tau. Jika terasa menci sila click ke button Dashboard ( anda punye sendiri la ye .. hikhik )

Tak pernah terfikir nak meluah di blog tapi disebabkan blog juga hati sakit + merana + hilang rasa percaya & hormat ( minta maaf la if ada yg terasa coz Una pun bukan seorang perfect ). Disebabkan blog Una rasa macam nonsence, nothing... tapi una suke sangat2 dekat blogger yang baik & menghormati seperti Kak Hanis, Kak Ayu, Nisa GreenPanda, Cotton Candy, kak Ujie &Hanamiko ( eceh =P ) dan,, dan sapa2 la yang terase beliau rajin menyinggah tu khen ?? Thanks a lot coz blog u all banyak ilmu dari mengarut karut nie.. Thanks with Love =).

Dan.. dan.. kerana blog juge hati merah CikUna terguris + terluka = berdarah kembali.. Semoga Allah Tabahkan & Kuatkan hati ini.. Amin.. Hope beliau dapat kebahagian dari Allah dan sentiasa di dalam lindunganNYA.. Amin...
:: Hanamiko Sakura ::
Di perkenalkan beliau adalah My Younger Sister yang bertanggungjawab memperkenalkan blog2 segala kepada CikUna.. Beliau sangat sweet ( lobi adik lor..hehe ) sesiapa nak masuk meminang meh cakap pada CikUna ya jangan sembunyi2 macam biskut Chipsmore tue..hehe

Tilik~Belek~CikUna

 :: Tak suka pada penipuan melampau, gurauan melampau, tak jujur, menipu seseorang  hidup2 means depan kita lain belakang lain... Bencinta seh..
 :: Tolonglah berlaku adil sesama manusia & jangan pergunakan / permainkan hati & perasaan orang lain semata2 ingin melupakan atau yang sama waktu dengannye la.. ( Ingatan untuk diri sendiri !! )
 :: Ingat Allah tak pernah tidur ( hehe ciplak ayat sorang kawan nie.. )
 :: Allah Maha mengetahui apa yang terlintas difikiran kita & apa yang ada didalam hati setiap manusia yang secara mata kasarnya @ dari mata manusianya, kita tak tahu apa yang org lain fikirkan.. ( kalau tak tak mungkin ada yang tertipu khen ?? benci!!! )
 :: Hidup ini umpama roda, ingatlah jika kita berbuat sesuatu pasti akan sampai pada kita akhirnya.. ( Ingatan untuk diri sendiri lagi.. uwaaaa.. dush2 )
 :: Alamak terpanjang pule entry nie. sapa malas baca out je ek.. huhu

Sunday 18 March 2012

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK KE NERAKA!!!!

Salam lama tak berentry di blog nie.. huhu sorry ye u all.. Tak berkesempatan.. Nak BW pun tak sempat ni.. Adoyai ampun ye... InsyaALLAH CikUna akan sampai juge BW ke rumah2 u all nanti.. Hari nie just on9 kejap nak check mail kononye tapi g melencong jap sini and nak sharing something yang CikUna rasa no harmful kot kalau nak sharing kan? Okiest meh layan...




1. AYAH 

Seorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. SUAMI 

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. ABANG - ABANGNYA 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. ANAK LELAKI 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” 

(Surah al-Nisa’, ayat 17
 )


credit to her page... =)

Sunday 11 March 2012

Ustaz Don Daniyal...

Alhamdulillah baru je balik dari mendengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal yang semakin hari semakin Famous the Amous tu... Bukan apa, kami teruja nak dengar secara live depan mata nie.. selalu kan just tengok rancangan beliau di TV Al-Hijrah saluran television baru yang islamic tu... Kat situ ada rancangan 30 minit bersama Ustaz Don... Ibu paling suka tengok..

Ok, nak share apa yang CikUna dapat ilmu tadi la...

Ustaz kata, kita orang islam jangan sesekali tinggalkan al-quran dalam kehidupan seharian. Jangan cuma jadikan al-quran sebagai perhiasan didalam ruang solat atau almari2 kaca. Wajib amalkan untuk membacanya dengan bertajwid tau. Beliau ada cakap ilmu tanpa amal berdosa dan amal tanpa ilmu sama seperti memandu kapal tanpa pemandu. Nak tau kenapa berdosa ilmu tanpa amal tu ?? sebab bila kita tahu tentang hukum tajwid tapi tak mengamalkannya bila membaca al-quran, maka kita akan dilaknat oleh hukum2 tajwid tu... Samalah bila kita tahu sesuatu hukum Allah tentang sesuatu yang haram tapi kita menghalalkannya.. hurm.. kira matlamat tak menghalalkan cara okey...

hurm.. okey la actually banyak yang CikUna dapat tadi tapi tak tau nak type macamana. Takut u all malas nak baca khen?? hehe.. kecuali kalau ada permintaan la..eceh berangan buah longan.. Padahal boleh je search kat google atau you tube atau yang sama waktu dengannya la kan? kan? Chill..
Ustaz Don yang Awesome... i Loike..=)

Saturday 10 March 2012

Cuba la Amalkan... InsyaALLAH...

Assalamualaikum & Salam malam minggu ..... ( sambil gosok2 mata yang terasa bagai ada happy glue ...ngeee ).

Apa lah nak share eh malam nie... hurmmm... ( sambil kerut dahi, angkat kening sebelah kiri, muncung mulut sikit & sentuh pipi dengan hujung jari telunjuk... ) waaahhh panjang semacam description itu... haha

TING-TONG !!! haaa .. dah dapat !!! 
                                                                           Google image..

Ok nak share beberapa amalan yang bukan menyesatkan insyaALLAH...

* Amalkan membaca surah Al-Waqiah tiap2 selepas solat subuh selama 40hari berturut tanpa ponteng ( bagi lelaki mudah la tapi perempuan??? tapi preggy women ok kot kan? hehe ). InsyaALLAH rezeki akan datang tanpa disangka... seelok2nya dijadikan amalan selalu tau.. ni pun salah satu wasiat Lukmanul Hakim kepada anak2 beliau.

** Amalkan membaca ayat Seribu Dinar sebanyak 3x tiap2 selepas solat fardu. InsyaALLAH akan dimurahkan rezeki kita oleh ALLAH...

Apa pun, kita mesti lah sentiasa berusaha untuk melalukan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA... Pesanan untuk diri sendiri juga... Sebagai hamba Allah yang selalu pelupa & berharap kita saling ingat mengingati... Love U all my dear Friends...


Tilik~ Belek~ CikUna = Ibu selalu berpesan supaya niatkan segala yang kita lakukan kerana ALLAH... semoga apa yang kita buat akan diredhai dan diberkati...InsyaALLAH...

Tuesday 6 March 2012

3 Serangkai....

Apa  yang u all semua faham tentang 3 serangkai nie ?? Apa yang dok berpinar2 di atas kepala kalian ?? 3 serangkai cukup sinonim dengan penyakit bukan ?? Entry ni tak berkaitan langsung dengan apa2 yang boleh mendatangkan syak wasangka okey..

Kalau seseorang itu ditimpa penyakit Kencing Manis + Darah Tinggi + Jantung = 3 Serangkai Serious tu la kan.. Harus la.. harus apa ?? Jaga kesihatan dengan sewajarnye hokey ?? Nak2 kepada sesiapa yang mempunyai nasab keturunan yang ada 3 serangkai ini.. huhu macam bapa cikuna yang ada Kencing Manis @ dikenali sebagai Diabeties Meletus.. Nak2 bila beliau dah semakin berumur nie.. kene take care my dear bapa.. LOVE U BAPA... eleh u all pun mesti sayang father u all juga kan ? kan ? Chill.. sama2 la kita menyayangi.. So, tiada istilah jelous menjelous k?

Ada juge jenis penyakit 3 serangkai lain yang tak berapa nak serious la kot tapi boleh mendatangkan ketidak selesaan pemilik badan iaitu Selesema + Batuk + Demam... huhu sungguh haru nak2 kalau ia terjangkit pada baby2 bawah umur serta ibu2 preggy ( kak Hanis, take care ya.. )... Sesungguhnya CikUna sedang terjangkit dengan 3 serangkai ini.. wuuuu.. MC lagi.. Diharap kepada semua teman2 dapat menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya ya.. dengan keadaan cuaca yang tak menentu begini ( Malaysia ) la.. kalau dekat over the sea tu lagi la kan....

Apapun kita sebagai hamba Allah kena redha dengan ujian dariNYA... semoga mendapat keberkatan.. Orang kata kalau kita sakit, means Allah nak cuci dosa2 kecil kita tapi kita kene redha la bukan berkeluh kesah... Wallahualam.. 

gambar hiasan... gara2 cikUna tak pandai melukis >,<


Tilik~ Belek~ CikUna :- Alhamdulillah & semoga u all semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. Amin.. \\( ^_^ )//

Sunday 4 March 2012

Kenapa Suka Tak Serious ??

Tak Serious a.k.a Bergurau...

^^ Kisah Pertama :-

Suatu hari di sebuah tempat peranginan yang ramai orang lalu lalang dan bukan sunyi. Sepasang kekasih yang tak tentu pun kekasih ( sebab tak pernah declare...hehe ) sedang asyik berpicnic oppsss silap memadu kasih ( bukan buat tak senonoh tau ) sambil asyik bersembang ntah apa ntah. Dari satu topik hingga ke topik lain. Dalam masa yang sama si En Lelaki telah termengada2 merayapkan tangan ketamnya sehingga ke destinasi yang tak sepatutnya.... Tiba2... Paaaanngggg!!! "Adoy Darling... Abang tak sengaja.. Abang bergurau aje... Abang nak test je Darling alert ke tak.. iskkhh.."

^^ Kisah Kedua  :-

Di sebuah kedai kopi yang memang terkenal dengan kopi kaawww nye, seorang pak cik yang belum la beruban sangat datang bertandang demi secawan kopi kaaawww kedai tersebut... Setelah mendapatkan kopi yang dipesan, beliau pun menghirup dengan nikmatnya... SSyyyuurrrppp... hurmm sungguh menyelerakan... Dan..dan sesuatu yang tak disangka telah melanda, Paappp !! Lipas !!! GLUPPP !! uhuk2.. maka terbatuk2 la pak cik tadi sehingga menyebabkan penyakit asmanya menyerang dengan seriousnye... beliau hampir2 terjelungup di atas cawan kopinya... iisskkhhh.... "Bang... maaf, Nor bergurau je tadi nak test abang tu sedar ke tidak kalau dah syok sangat hirup kopi tu..."

^^ Kisah Ketiga  :-

Pada suatu petang yang syahdu. Kelihatan sepasang ibu dan bapa sedang menghabiskan masa dengan wajah yang bermuram durja. " Bang, apalah nasib anak kita tu ye ?? asyik dipermainkan saja hati dan perasaannya.. masuk kali ni dah 2 kali dia putus tunang... Bidah tak sampai hati menatapnya..." luahan penuh tulus dari seorang ibu kepada si bapa diatas peristiwa pahit yang menimpa anak bujang kesayangannya. Nak dikata tak berupa, kacak juga. Nak dikata tak mampu menyara, bekerja dan berjawatan lagi. Nak dikata tak cukup iman, sudah dipenuhkan dadanya dengan ilmu agama... Tapi... " Ntah la Bidah, kata keluarganya budak perempuan tu tak serious pun masa terima lamaran anak kita... Bergurau aje dia sebab budak tu tak bersedia lagi..." 


Ntah apa la motif ketiga2 short story mory yang CikUna nak sampai kan... tapi just nak share yang tak semua orang boleh terima semua gurauan & ke tak seriousan yang kita ucapkan, lakukan mahupun terlukis...opppss tersasar kejap..hehe..Moral of the story, jangan la dibuat bergurau benda2 yang boleh menyebabkan hati kita & orang lain sakit / terluka / terasa / apa2 aje la... Apa pun jangan la bergurau sampai tahap membelakangkan agama, maruah, bangsa dan negara ye.. heh macam kempen bina negara pulak. ye la takkan la sampai kita dah terbuat sesuatu yang menghacurkan hidup / hati seseorang pun still nak pertahankan diri dengan berkata " I bergurau jer.." huh sungguh kejam je statement itu.. menci tau..
Curi pic dari my scandal's blog.. Ampun Achie, belum minta permisi nak curi nie..dush2

Tilik~ Belek ~ CikUna : CikUna pun suka bergurau gak tapi tak de la sampai ke hal2 yang sensitif sampai    menyakitkan hati... iskkhh tak suka.. Sebab diriku pun tak suke terima gurauan terlampau..hikhik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...