Tuesday 23 October 2012

i-Akaun...

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Dulu CikUna ada berjanji nak share information apa yang CikUna tahu pada semua dan insyaALLAH ilmu sangat berguna untuk semua terutamanya wargaNEGARAku yang tercinta ini... Pengalaman serta ilmu yang CikUna dapat dari datang kerja hari-hari di KWSP... hihi..

First, nak tanya dulu adakah u all semua sudah mempunyai akaun KWSP ?? eh lupa nak mention yang pertanyaan hanya ditujukan khas buat mika2 yang sudah bekerja samada dalam sektor swasta atau kerajaan ( kontrak ). Tak terkecuali kepada yang jadi majikan eh...jangan mengelat nak mencarum untuk masa depan anak2 buah tu.. penat tau diorang kerja... kan?kan?

Ok lah... sebenarnya, CikUna just nak share benda baru yang KWSP dah start promote maybe sebelum CikUna menapak dekat situ lagi kut... i-Akaun... pernah dengar atau terbaca apa2 info tentang i-Akaun tak ?? hahah... oleh kerana CikUna ditempatkan di bawah Seksyen yang mempunyai hubungkait besar serta akrab dengan produk KWSP ie website myEPF &  kiosk. So, sedikit sebanyak ilmu yang ada bolehla dikongsi bersama.

Tahu apa kelebihan i-Akaun ni? ianya salah satu cara pihak KWSP untuk memudahkan ahli2nya untuk menyemak dan mencetak penyata akaun KWSP, membuat pengiraan untuk mengeluaran ( akaun ke-2 je tau jangan pandai2 nak kira akaun ke-1..hihi ), menyemak penamaan ( kempen terbaru yang akan CikUna kongsi info kemudian ), mengemaskini maklumat diri.. etc


sila klik banner ni untuk ke mendaftar i-Akaun

Proses pendaftaran tak payah nak susah2 ke ATM withdraw duit pun, cuma perlu ke mana2 kaunter KWSP yang terdekat atau mana2 mesin Kios KWSP untuk mengambil kod pengaktifan. Dengan kod pengaktifan tu lah baru boleh mendaftar ke i-Akaun dengan mengekses internet je... mudah je kan?? Sambil2 berblogwalking boleh semak & cetak penyata sekali ( kalau diperlukan la eh.. =P )...

InsyaALLAH di lain entry CikUna akan share cara2 untuk mendaftar i-Akaun dan banyak lagi... Tapi jangan tanya CikUna macamana nak keluarkan duit dari akaun 1 k.. yang tu kena make sure umur dah cukup 55 baru boleh cerita k .. hahaha

Sekian dari CikUna pada entry kali ini...

Typing off ~~~~<<<<<< 






Saturday 13 October 2012

Sesungguhnya....


Terjumpa di FB seorang sahabat... Bila baca terasa nak share dengan kawan2 juga tak kira... Sesungguhnya tak ada manusia dalam dunia ni yang sempurna. Apa yang terbaik jadilah diri sendiri. Tak amo 'Hipokrit' dan belajar terima orang disekeliling kita dengan ikhlas... InsyaALLAH...


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita i

kut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,
 Photo: Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,Renungan :~ Biarlah apa pun orang nak kata kan, yang penting hubungan kita dengan ALLAH terjaga.... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...