Monday 10 November 2014

i-Akaun Ahli

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Baru demam AF2014 kan... sapa student fav U olls?? CikUna of Course la pilih Nuha.. x kisahla dia dah buat mistake pun sebab dia bawak lagu 3 sore tu sensorang.. bia bona Dato Hattan?? iskhh2 apa2 pun tahniah jugak untuk student yg lain sbb korang sume pon ada kelebihan sendiri.. ye dak U olls? x baik kan Fan orang ni dok kutuk2 sesapun k.. bersyukur je la and keep Chillax hokey!! PeaceOneLoveNuha.. ahaha..Eh apadaa CikUna sudah merapek suda bah... nda mauk lagi di sebut kisah yg dah lepas ituk bah... hihi

Ok lah... malam ni di entry kali ni CikUna nak share pulak macamana kalau U Olls yg dah berjaya complete kan 2 proses untuk mempunyai i-Akaun Ahli seperti di entry ni bila U Olls tetiba terlupa User ID & Password i-Akaun Ahli U Olls. haaa... rilex2... x amo nages2 k... meh CikUna share apa nak kene buat bila dah terlupa tu... Jom continue baca sampai habis tau...

Macamana?

Gunakan Fungsi Lupa ID Pengguna & Kata Laluan....

Bagaimana??

okeh sila ikut step by step kat bawah ni:

1) Masuk ke Laman Web KWSP
2) Klik ke icon  untuk Login ke i-Akaun Ahli
3) Klik ke pautan Lupa ID Pengguna & Kata Laluan
4) Pilih pilihan untuk bantuan
5) Isikan nombor MyKad U Olls
6) Isikan nombor KWSP U Olls
7) Klik pada pautan 'Permohonan TAC' dan tunggu SMS 6 digit nombor TAC
8) Masukkan 6 digit nombor TAC yg diterima tadi ke kotak kosong yg disediakan (perlu diingat no. TAC ni hanya sah selama 6 jam jer k . So dapat jer teruslah re-activate kan balik i-Akaun U Olls tu)
9) Lepas klik seterusnya, U Olls akan terus ke page untuk reka semula Kata Laluan yg baru... Format bagi Kata Laluan ni = min 8 - max 20 karakter + wajib gabungan HURUF + NOMBOR.. ingat tu k... (Kata Laluan x boleh di ulang2 dalam 6 kali penukaran. So x boleh nak guna Kata Laluan yg sebelum...)
10) Klik Hantar dan kena pastikan U Olls kena dapat Acknowledgement Page bagitau U Olls dah berjaya kemaskini Kata Laluan baru..

Haaa.... taraaa... dah siap boleh la U Olls guna balik i-Akaun U Olls tu... x susah kan? kan? kan? susah ker?? CikUna dah bagi step by step lagi tu.. Follow je k... In Shaa Allah berjaya... Good Luck k..

Nota Kuku:


  • ID Pengguna x boleh ditukar sebab ID Pengguna tu adalah unik bagi setiap ahli... so x kan ada ID Pengguna yg akan sama untuk setiap ahli KWSP yg nak mohon i-Akaun Ahli ni... 
  • Jangan lupa untuk update dulu nombor hp U Olls untuk terima SMS nombor TAC ni k.. terutama if U Olls ada tukar nombor hp baru tu... acamne nak update tu ingat balik 3 saluran pendaftaran i-Akaun. Boleh update dekat mana2 saluran yg U Olls suka k...


Sekian dari CikUna pada entry kali ini... Semoga berjaya k...In Shaa Allah kita berjumpa di lain entry lagi pasal i-Akaun ni...banyak yg CikUna nak share... Nunite U olls... tata


Typing off ~~~~<<<<<< 

Saturday 1 November 2014

i-Akaun Ahli

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Rasa dah terlalu lama CikUna x bela blog ni... iskhh... dah bersawang kerawang sampai jadi sarang kelawar doh rasanye blog CikUna ni kan U olls... Thanx ya kpd sesiapa yg sudi jengah2 blog bersawang ni k... Luv ya.. Chill lax!! <3

Okayla... sempena semangat baru (fefiling gituw..) yang kengkonon nak start balik sharing something dgn U olls yg terchenta ni, CikUna nak share lagi tentang i-Akaun... ingat lagi x? Dolu2 CikUna pernah share di entry ni tu... hengat lagi x? ce teka... ce teka... hihi

Last entry CikUna janji nak share on how to register & activate i-Akaun... So dalam entry ni CikUna akan share sedikit sebanyak tentang i-Akaun k... FYI, i-Akaun ni terbahagi kepada 2 ie i-Akaun untuk Ahli & i-Akaun untuk Majikan and coming soon ada i-Akaun untuk 3rd Party pulak.. Haaa... anda kompius?? Lek lu... x pe pelan2... CikUna cite dulu pasal i-Akaun Ahli kat U olls dulu k..

Mula2 before U olls nak guna i-Akaun Ahli, U olls kena lalui 2 proses ie Pendaftaran dan Pengaktifan dahulu...

Proses Pertama: Pendaftaran i-Akaun

Kenapa?

  • Untuk mendapatkan 6 digit Kod Pengaktifan yg akan digunakan untuk proses pengaktifan i-Akaun nanti. Perlu diingat, Kod Pengaktifan ni akan expired dalam tempoh 30 hari jer k... so, x mo buat2 lupa @ ilangkan tau...
Macamana?
  • Jangan fenin2 coz ada 3 saluran untuk U olls mendaftar i-Akaun ni. i) Boleh call je ke Pusat Panggilan KWSP ditalian 03-8922600 ATAU ii) datang je ke mana2 Kios di KWSP (yg warna merah tu..) ATAU iii) Datang je ke mana2 kaunter KWSP yg disukai... Don't worry be happy k.. senyum...
Nota: FYI jugak, if U olls mendaftar guna option #2 tu U olls x akan dapat Kod Pengaktifan melalui SMS coz U olls sendiri yg akan reka 6 digit Kod Pengaktifan tu..

Proses Kedua: Pengaktifan i-Akaun

Kenapa?
  • Sebab kalau x aktifkan, macamana U olls nak login i-Akaun secara normal kan... Sebabnye jugak dengan melalui proses ni lah U olls nak dapat reka User Id & Password untuk i-Akaun U olls nanti.. 
Macamana?
Nota: Time ni la U olls kena guna  6 digit Kod Pengaktifan yg U olls dapat tu.. jgn lupa 30 hari je tau sebelum expired. Pastikan jugak yg U olls berjaya mengaktifkan i-Akaun tu. camne? sampai U olls dapat page Acknowledgment kata pengaktifan i-Akaun telah berjaya.

Mudah kan? Hopefully teman2 blog CikUna semua dah ada i-Akaun Ahli ye... Jangan nanges2 kata susah lak tau... Senyum dan cuba buat dulu... Boleh jugak bercerita & bagitau kat kengkawan lain pasal sharing hari ni ye... In shaa Allah CikUna akan share banyak lagi tentang i-Akaun ni dengan U olls k...


Sekian dari CikUna pada entry kali ini... Nunite U olls... tata

Typing off ~~~~<<<<<< 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...