Tuesday 23 October 2012

i-Akaun...

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Dulu CikUna ada berjanji nak share information apa yang CikUna tahu pada semua dan insyaALLAH ilmu sangat berguna untuk semua terutamanya wargaNEGARAku yang tercinta ini... Pengalaman serta ilmu yang CikUna dapat dari datang kerja hari-hari di KWSP... hihi..

First, nak tanya dulu adakah u all semua sudah mempunyai akaun KWSP ?? eh lupa nak mention yang pertanyaan hanya ditujukan khas buat mika2 yang sudah bekerja samada dalam sektor swasta atau kerajaan ( kontrak ). Tak terkecuali kepada yang jadi majikan eh...jangan mengelat nak mencarum untuk masa depan anak2 buah tu.. penat tau diorang kerja... kan?kan?

Ok lah... sebenarnya, CikUna just nak share benda baru yang KWSP dah start promote maybe sebelum CikUna menapak dekat situ lagi kut... i-Akaun... pernah dengar atau terbaca apa2 info tentang i-Akaun tak ?? hahah... oleh kerana CikUna ditempatkan di bawah Seksyen yang mempunyai hubungkait besar serta akrab dengan produk KWSP ie website myEPF &  kiosk. So, sedikit sebanyak ilmu yang ada bolehla dikongsi bersama.

Tahu apa kelebihan i-Akaun ni? ianya salah satu cara pihak KWSP untuk memudahkan ahli2nya untuk menyemak dan mencetak penyata akaun KWSP, membuat pengiraan untuk mengeluaran ( akaun ke-2 je tau jangan pandai2 nak kira akaun ke-1..hihi ), menyemak penamaan ( kempen terbaru yang akan CikUna kongsi info kemudian ), mengemaskini maklumat diri.. etc


sila klik banner ni untuk ke mendaftar i-Akaun

Proses pendaftaran tak payah nak susah2 ke ATM withdraw duit pun, cuma perlu ke mana2 kaunter KWSP yang terdekat atau mana2 mesin Kios KWSP untuk mengambil kod pengaktifan. Dengan kod pengaktifan tu lah baru boleh mendaftar ke i-Akaun dengan mengekses internet je... mudah je kan?? Sambil2 berblogwalking boleh semak & cetak penyata sekali ( kalau diperlukan la eh.. =P )...

InsyaALLAH di lain entry CikUna akan share cara2 untuk mendaftar i-Akaun dan banyak lagi... Tapi jangan tanya CikUna macamana nak keluarkan duit dari akaun 1 k.. yang tu kena make sure umur dah cukup 55 baru boleh cerita k .. hahaha

Sekian dari CikUna pada entry kali ini...

Typing off ~~~~<<<<<< 






Saturday 13 October 2012

Sesungguhnya....


Terjumpa di FB seorang sahabat... Bila baca terasa nak share dengan kawan2 juga tak kira... Sesungguhnya tak ada manusia dalam dunia ni yang sempurna. Apa yang terbaik jadilah diri sendiri. Tak amo 'Hipokrit' dan belajar terima orang disekeliling kita dengan ikhlas... InsyaALLAH...


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita i

kut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,
 Photo: Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,Renungan :~ Biarlah apa pun orang nak kata kan, yang penting hubungan kita dengan ALLAH terjaga.... =)

Saturday 29 September 2012

Setelah Lama Menghilang... Dimana CikUna ???

Yuuhhoooo... uhuk2.. lama dah rasanye tak terjah2 rumah kawan2.. Ampun maaf dipinta ya.. InsyaALLAH kalau tiada aral CikUna akan tinggalkan jejak juge nanti...

Huh..membebel sudah... just nak berkata2 didalam blog yang susah sangat ke untuk kita saling memaafi & berlaku jujur ??? CikUna tak rasa 2 perkara tu amat membebankan umat Rasulullah S.A.W kan ??

******

Haih, tajuk tak beringat... macam ada orang yang nak ingat pada CikUna ni... hehe... Anyway memang dah lama tak menulis blog apatah lagi selepas bertukar kerja baru ni... Bertukar kerja baru ?? hehe.. Alhamdulillah pada 3 September 2012 CikUna telah mendapat kerja tetap yang diimpikan...Alhamdulillah Syukur... Akhirnya rezeki CikUna sampai jua.. Actually CikUna pun tak ingat bila masa apply.. dan dah lama pun ianya berlalu... tapi rezeki ALLAH kan, DIA kurniakan pekerjaan tetap yang memang terjamin dimasa hadapan insyaALLAH.. Ni nak share pengalaman time interview yang dah lama dizaman purba kala dahulu.

Tak sangka pun dapat sebab time interview CikUna selamba je.. Siap menjadi bahan usikan tuan2 serta puan penginterview ( sekarang ni diorang tu bos CikUna dah..=) )... Bila ditanya CikUna sanggup tak untuk jika ditempatkan di  cawangan Sabah / Sarawak ?? Tak tahu la macamana boleh spontan mulut ni menjawab 'InsyaALLAH i'm willing to be there as long as still single ' habis bergelak ketawa 3 orang interviewer tu.. CikUna tak rasa pun benda tu kelakar tapi maybe terlawak kut pada diorang. Siap usik lagi mana tahu jumpa jodoh orang sana... Mulut tersenyum jugelah tapi dalam hatiKU berkata2 ' untunglah jadi orang yang single tapi tak available nie haha'. Nasib CikUna ni dah tak berperasaan dek kerana penangan masa sajian dizaman silam ni... Dan inilah interview pertama dan terakhir CikUna yang masuk beramai sekaligus.. Rasa seperti nak ke exam MUET tau.. hehe.. Dan inilah juga interview pertama dan terakhir CikUna yang interviewer tak tanya pun tentang company mereka tetapi meminta pendapat ' Kenapa Generasi Y suka bertukar-tukar pekerjaan ?' haaaa... apa lagi, jawab jangan tak jawab.. yang penting jujur dan berfikir sebelum menjawab soalan... Apa yang penting Ikhtiar/Usaha + Doa + Tawakal = InsyaALLAH kejayaan... Apa pun jangan lupa mohon restu serta doa dari Ibu dan Bapa kita...



Disinilah Destinasi BAru CikUna...


Telek~ Belek~CikUna :: InsyaALLAH next entry, CikUna akan share sedikit sebanyak tentang ilmu yang CikUna dapat disini untuk masa depan semua...
:: Thanks kak ujie sebab masih sudi menjenguk rumah usang nie... hehe

Sunday 29 July 2012

Siapakah Si Comel Itu ??????

Jari menekan laju setiap huruf diatas keyboard yang baru sahaja dibeli pada petang kelmarin.... Rasa berdebar dihatinya tak dapat digambarkan melalui setiap bait puisi yang dikarang olehnya... "huh kenapalah dengan engkau ni Nana..... jangan ter'perah' santan please.. dia tak de perasaan pun dekat engkau tu" haih.. penat bermonolog dengan akal fikiran yang dirasakan tak cukup waras pada waktu begini. " Arghhhh !! baik aku mandi dulu bagi sejuk kepala ni "

**@**@**@**@**@**

Petang itu, hujan turun renyai-renyai. Tanpa mengindahkan keadaan sekeliling Nana pantas berlari anak menuju ke kaki lima berhampiran dengan perhentian bas. Tanpa disangka, Nana tergelincir akibat dari tapak kasutnya yang haus. " Aduh !! " " Ya Allah encik tak ada apa-apa ?" spontan dia berkata kerana pada ketika itu banyak mata yang melihat mereka berdua. Ya mereka berdua. Nana dan pemuda itu. Akibat insiden tergelincir tadi, Nana dengan tindakan drastiknya telah menarik lengan baju seorang pemuda dengan harapan dia dapat menstabilkan semula dirinya tetapi kedua-duanya telah jatuh terduduk sekali. " Minta maaf encik, saya tak sengaja... " sekilas matanya terpandang akan mata si pemuda dihadapannya. " Glurrppp.... errrrr " Nana meninggalkan si pemuda tadi terpinga-pinga. Dia ingin cepat mencari apa yang dihajatinya dan segera pulang kerumah kerana dirasakan satu Plaza Low Yatt memerhatikannya dengan ejekan " eeee.. Nana tak malu mengorat orang dengan cara tu... " Namun digagahkan juga kaki menuju ke kedai alat gantian komputer kerana memikirkan yang ada tugas yang perlu diselesaikan segera.

**@**@**@**@**@**

Selesai membeli keyboard, Nana terus sahaja melangkah keluar bangunan itu. Tidak sanggup duduk di situ lama-lama. " Alhamdulillah hujan dah reda sikit... semoga cepat dapat bas " " Tennggg !!! " " huh " Nana terasa ada sesuatu yang terjatuh berhampiran dengan kakinya." Owh payung rupanya..." Dia tanpa berlengah terus tunduk dan mengambil payung itu dan menghulurkannya pada tuan payung. " Assalamualaikum.. " " Aaaaa....." " Eh, tak baik menganga luas-luas macam ni tak comel tahu.. hihi" " Anyway, thanks ya tolong ambilkan payung saya, saya segan pula nak ambil payung tu sebab dia jatuh betul-betul dekat dengan kaki awak..." " Ermmm.. its ok, benda kecik je tu" " Awak yang terjatuh dengan saya tadi tu kan ? " " Alamak !! Iskkhh.." merah padam muka Nana dibuatnya. Malunya dia. Diikutkan hati mahu saja dia masuk kedalam beg plastik keyboard yang baru dibelinya itu tapi apakan daya plastik itu kecil saja. " Errrr, ssssyyy.. saayy.." " Eh jangan takut la dengan saya, saya tak makan mulut orang, makan roti je.. " ' Eh mamat ni, boleh pulak dia nak berlawak kerak dekat sini.. dah la aku tengah malu gila ni...' monolong Nana sendirian... " Saya Isma, Isma Afiq..." tersedar Nana dari lamunannya ' Alaa.... tak tanya pon...' " Kenapa diam? Awak tak selesa ke dengan saya ?" Isma berbasa- basi ' Eh, jual mahal jugak eh minah nie.. ermmm.. comel..' " Ermmm, saya Nana. Saya minta maaf pasal tadi. Saya tak sengaja.." " Eh tak perlu minta maaf dari saya, saya yang sepatutnya minta maaf dari awak Nana.." "Aaaaa..kenapa ?" " Sebab saya yang sepatutnya jadi penyelamat, alih-alih saya jatuh terhimpap awak. Tentu sakit kan orang besar macam saya terhimpap awak? Minta maaf ye.." " Owh.. itu.. Ermm.." Memerah mukanya lagi. Pada ketika itu bas pun sampai. " Awak pun naik bas ni juga ke ? " " Ha'a, motor saya, saya tinggal dekat masjid tadi.. susah kan nak cari parking time hujan tadi. Lagi pula ada benda urgent nak buat tu yang naik bas je tadi.." "Owh..." sesungguhnya Nana tak tahu harus bagaimana dia hendak bersembang dengan orang lain. Lagi-lagi dengan lelaki yang baru dikenali. Itu pun disebabkan insiden terjatuh tadi. " Ermm..oklah saya dah sampai, nah ni barang awak. Tadi awak tercicir masa terjatuh tadi. Tak sempat saya nak panggil awak dah menghilangkan diri..." " Erk.. uncang kunci rumah... Alhamdulillah.. terima kasih ya awak..." hampir dia terlupa dengan uncang itu disebabkan insiden tadi. "Iskhh.. " Baru saja dia hendak memandang wajah itu, bas sudah pun bergerak perlahan-lahan. Dari jauh Nana lihat Isma tidak terus ke motorsikalnya tapi dia menuju ke dalam masjid. Ya kedalam masjid. Lama diintainya takut Isma hanya berlakon baik tapi... " Alhamdulillah.. baiknya dia... biarpun dia tak sekacak Anuar Zain tapi akhlaknya sangat comel... ermm..." Nana terlelap dalam lamunannya.


**@**@**@**@**@**


5 tahun kemudian... di sebuah rumah yang tidaklah sebesar dan semewah mana tapi didalamnya penuh dengan kasih sayang, keceriaan, cahaya keimanan & kemurahan rezeki yang tak ternilai.

**@**@**@**@**@**

" Mama !! Mama !! tengok ni abang dapat apa ? " " Dapat apa sayang ? meh mama tengok.." sambil memangku si kecil yang berlari-lari kearahnya. " Eh cantiknya buku ni.. mana Amin dapat ? " rasa teruja bila dapat melihat dan memengang hasil kerjanya yang telah siap cantik di bukukan serta dijilidkan mengikut setiap topik. " Ehemm... suka tak ? " " Abang !!!... abang ke yang buat semua ni ? " Nana terus mencium  dan memeluk suami tercinta. Tak sangka hasil tulisan yang selama ini di daya upaya disembunyikan telah berada dipasaran. Dulu, dia tak pernah ada keyakinan pada semua hasil karyanya sehinggalah dia bertemu dengan Isma Afiq. Suami yang berada dihadapannya sekarang. Dialah yang selalu menyakinkan dan memberi pendorong padanya agar mempercayai setiap manusia ada kelebihan yang Allah kurniakan. " Abang... terima kasih kerana sudi untuk terus mendampingi Nana ya..." Air mata merembes laju. Teringat dia pada masa lalu. Dia lah wanita yang tak pernah percaya bahawa ada lelaki yang sanggup menerimanya kerana dirasakannya diri tidak sesempurna wanita lain. Dia tidak secantik Erra Fazira, tak segebu Zizie Ezzeti, tak secerdik Lisa Surihani tapi semuanya berubah apabila dia bertemu dengan pemuda bernama Isma Afiq. " Sayang... hey.. kenapa ni? Dah la tak nak nangis macam ni... tengok Amin pun tak nangis kan Amin?" Amin mengangguk tanpa mengerti apa yang sebenarnya terjadi. " Abang pun nak berterima kasih pada Nana sebab sudi terima abang yang tak seberapa ni. Kalau nak diikutkan abang ni tak sekacak mana, debab, pendek, hidung pesek tahu... hehe " sambil mencuit hidung isterinya. " Tapi abang tetap comel dihati Nana... Abang tahu, dulu lelaki idaman Nana kan, orang yang berisi tapi tak gemuk ok, hidung mancung, tinggi.... " belum sempat Nana habis berbicara " Aaaaaaa.... geliiiiii.. tak amo.. tak amo.. ampun taubat..hehe geli abang..." habis digeletiknya Nana sampai terguling-guling. " Ok..ok.. memang Nana tak dapat semua tu tapi Allah bagi yang lebih baik ok.. " " Dia comel, romantik, baik, penyayang, cool men.. yang penting beriman.." " Nak tau siapa ??" Sambil mengangguk kepala Isma memeluk erat pinggang si isteri. " Abang la imam yang paling bertuah tu..." " Terima kasih abang... sayang abang sangat.. muuaaaaahhh.." "eh.. manjanya dia mengalahkan Amin ni.. meh sini.." "Aaaa.. lari Amin.. tak amo.. tak amo.." Sesungguhnya didalam hati, Nana bersyukur tidak terhingga kepada Allah kerana telah memberikan dia peluang mengecapi kebahagiaan.

**@**@**@**@**@**

## Finally, terpublish juga kispen ntah apa2 ni.. hope ok lor...
## Kepada Iffah, Reenapple, Nong Andy, Loy Da Sun, Emira.. silalah komeng buah tangan 1st CikUna ni.. hehe 
## Tak lupa juga pada mama baru Hamza Chan...konon nak bagi isi masa lapang le tu.. hehe
## juga to my sis...
## Opppppsss.. dah2.. macam ape je kan CikUna ni.. 
## Ok babai.. see ya in the next entry yang tak tau bila ntah.. hehe..


Friday 6 July 2012

Demam Bola....

Salam sejahtera & Salam 1 blog semuanya... Lama dah tak update bloc CikUna ni.. Ni pun dipaksaan (owh my manglish)... Maka terhasillah entry yang bermotifkan bola..

Back to the title of the blog 'Demam Bola'.. Even dah Terlewat nak juga ucapkan Tahniah pada Team sendiri - Sepanyol the vasss... Eceh macam la CikUna yang main kan.. Tapi menang tak Dinafikan ramai antara u all yang sanggup tak tidur malam or berjaga pagi2 buta tu semata nak tengok Euro Final tu kan? Kan? Jangan nak tipu la sebab CikUna nampak muka2 ngantuk u all dekat belakang pintu gol tu la..hehe

Jangan tak percaya CikUna pun antara yang Berkampung dekat de an TV tu.. Siap dah tidur petang tu konon tak nak bagi timing tidur tu lari haha.. =) tapi serious excited sebab Team CikUna yang ke Final tau... CikUna siap record siapa yang jaringkan goal & minit keberapa okey.. Tak percaya juge ke ? Hokey, 1st goal by David Silva pada minit ke 14, 2nd goal by Jodhi Alba pada minit ke 41 3rd goal by my Fernando Torres
pada minit ke 84 & the last goal from Juan Marta pada minit ke 88... Hehe

My Hero... hehe

So,pada team lain tu tak apa next Euro boleh Cuba lagi k.. All of u are very talented.. Ceh mengalahkan coach tepi Padang tu haa.. Haha



Friday 8 June 2012

Gelombang UAI di Masjid Biru....

Assalamuaikum wbt dan salam 1 blog semua.. eyhh nak jugak kan? gediks je..



Masjid Biru ?? Tak tau kenapa CikUna gelar dia Masjid Biru... Mungkin sebab kubah dia biru kot.. hehe Tapi CikUna suka datang & singgah Masjid Biru ni especially weekdays sebab perjalanan pulang kerumah pasti akan melewati waktu Maghrib jadi Masjid Biru ni la yang CikUna suka sangat singgah.. Masjid ni banyak 'kenangan' bagi CikUna.. hehe

Sebenarnya dah lama nak update entry ni. Dah berhabuk dah dalam draf list tu tapi ntah le... CikUna minta ampun ya pada yang selalu jenguk blog CikUna nie... 

Berbalik pada tajuk entry, disini CikUna nak ucapkan terima kasih sangat pada Kak Ujie sebab 1st CikUna dapat tahu ada Ceramah UAI ni dari blog beliau.. Even selalu singgah Masjid Biru ni pun CikUna tak terperasan pula iklan2 yang ditampal di notis board. Memang seronok dengar ceramah UAI ni.. tak mengantuk langsung.. Betapa 'famous'nya UAI ni sampaikan parking pun tak ada tempat.. Sepanjang jalan hingga ke Tasik Shah Alam orang ramai memakirkan kereta.. haha termasuk CikUna.. Penat jalan jauh tu.. Tapi rugi pada siapa yang tak datang sebab serious terbaik !! Ada satu part Q&A session, UAI jawab soalan seorang suami orang ni " kenapa perempuan (wife dia) preggy, suka berperangai pelik dari time tak preggy " Jawapan UAI simple tapi kelakar habis " sebab dalam tubuh wanita mengandung terdapat satu lagi roh iaitu anak dalam kandungan. Sebab tu kadang2 wanita mengandung nie suka berperangai pelik & mengidam macam2.." kata UAI lagi, " kalau tak nak isteri tu berperangai pelik, jangan buat dia mengandung la..." haha.. time tu satu masjid gelak2... ermmm...

Pemandangan dari kawasan air pancut. kat kawasan ni semua penuh dengan gerai2 saje..

Jari2 Comel menaip ~ Minta maaf pada semua kenalan tak kira kenalan blogger, sekolah, university, kerja dan sebagainya... 
Terasa nak mengarang cerpen macam penulis cerpen otai kat blog tu tapi asal idea datang je, ada problem lain muncul...ermmm sabar je la..

Saturday 12 May 2012

Number One For Me...

Salam.. just nak share lagu nie...
IBU, you are the number one for me.... Love You ..



Layan je lagu Maher Zain  yang awesome nie...

*** Hari sabtu yang blur... hari nie sepatutnya CikUna kene attend exam PTD dekat Sek Men Sek 27 Shah Alam... Tapi CikUna tak yakin coz tak sempat nak study apa pun... Asal balik rumah letih dengan kerja office yang tak pernah nak habis2 tu.. iskhh

*** Hari nie ada career fair dekat Stadium Nasional Bukit Jalil ( heh bukan hari nie je, actually dari 11/5/2012 - 13/5/2012.. sila lah bersesak disana bagi yang sedang mencari2 kerja hehe... )

*** Semalam CikUna bermalam di rumah my best friend~ Aimie~... ada sesi meluah perasaan sikit setelah sekian lama tak berjumpeh. eceh padahal selalu hangout.. lalala

Tuesday 8 May 2012

Lagu Iklan Susu (^_^*)//


IBU.... IBU....
ENGKAULAH RATU HATIKU....
BILA KU BERDUKA...
ENGKAU HIBURKAN SELALU...
IBU.... IBU...
ENGKAULAH RATU HATIKU...

Salam u all... ingat lagi tak lagu nie ?? Tau tak how to sing this song ?? haaa... ce nyanyi time duduk bersendirian , jauh dengan ibu.. amacam ?? mesti meleleh tau.. wuuu lagu ni famous sangat.. CikUna pun hafal lagu nie tak pernah lupa.. Sayang Ibu.. Terima Kasih Ibu.. Jasamu tak mungkin dapat kubalas sampai hujung nyawaku... Actually ada lagi satu lagu yang CikUna selalu letak atas meja study dulu time sekolah menengah.. Al maklumlah 5 tahun duduk asrama.. iskh.. lagu tu ada spirit untuk Una rajin study.. Tak tau kot ada antara U all yang pernah tahu lagu nie.. lirik dia ala2 lagu susu fernleaf ni gak tapi sebenarnya dia lagu iklan susu Nespray... macam nie... mesti u all tau punya la..

SAYALAH PERMATA ANAK KESAYANGAN,
KEBANGGAAN IBU DAN BAPA,
SAYA DIBESARKAN DENGAN KASIH SAYANG,
HANYA YANG TERBAIK UNTUKKU,
MENJADI HARAPAN DI MASA HADAPAN,
SAYALAH ANAK YANG CEMERLANG....

Ok lah, bersempena hari ibu yang akan datang nie.. apa benda paling special yang u all akan buat dulu ?? hehe jangan tanya CikUna la coz hari2 adalah hari ibu & bapa CikUna... Selagi mampu nak bermanja, bergurau senda, bermain, mendapatkan nasihat dan pandangan.. macam2 lagi la.. CikUna percaya, tak ada seorang ibu dan bapa pun yang tak sayangkan anak2 mereka kan? Tapi tak tahulah macam mana masih ada lagi yang sanggup buang2 anak, dera2 anak... huhu

Tilik~Belek~CikUna : :- Syurga Anak, terletak dibawah telapak kaki IBUnya..
                                 : :- Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBUBAPAnya..
                                 : :- Untuk renungan bersama. kerana CikUna juga seorang anak dan mungkin suatu hari 
                                      nanti juga akan mempunyai anak2...

Sunday 6 May 2012

Pesta Buku di PWTC Kuala Lumpur

Salam hari ahad semua... semalaman CikUna mencari mood menaip.. lalala =P

Hari ni nak share pengalaman CikUna time bersesak sakan, berhimpit kapit, berhempas keringat.. heh apakah yang cuba dikarutkan nie.. haish..

hurm.. ramai orang dah tau tentang pesta buku di PWTC Kuala Lumpur ni kan. Yela almost every year event ni diadakan and seiingat CikUna last pergi dengan my Loving Bapa time tu CikUna form5 ha3.. naik motor berdua nak elak jam punya pasal sanggup berdating berdua beranak je tinggal ibu hehe.. tu pun semata2 nak cari buku untuk SPM katanya.. thanks bapa.. sayang bapa.. muah2!!

Tu dulu la kisah berapa tahun dulu, now CikUna g dengan member2 for the 1st time on 1st May 2012 and 2nd time on 5th May 2012 with my kakak & Hazem, adik & her friend.. memang serious penat + lenguh.. semua la..1st pergi hari tu je CikUna dah dapat sebijik novel yang memang dah lama nak beli wat koleksi peribadi~ Kasyah Lagenda Berakhir- saga 3 ( saga 1&2 dah lama ada )  and Doktor Umum~ memoir Tun Dr Mahathir Mohamad~( saje gatal nak beli versi BM coz CikUna dah pun ada versi BI punya hadiah birthday Una ke.... ) yang semuanya boleh didapati di booth MPH.. semuanya ada discount 10%.. lalala suka sangat.. yang pasti malam tu CikUna terus demam & esoknya MC tak menahan sakit badan segala..wuuuu

sorry pic tak clear coz CikUna belasah snap je nie... lalala

2nd time pergi tu CikUna tak membeli apa pun coz sibuk melayan si baby Rayyan Hazem.. yang paling seronok tu bila CikUna gediks menyibuk masuk ke booth karangkraf yang tetiba ada pertandingan & dapat gift.. al kisah CikUna g situ sambil medukung Rayyan, then time tu ada pertandingan kendong anak menggunakan kain penggendong yang disediakan penganjur majalah Pa&Ma, apa lagi berlakon la jadi Mama real si Rayyan nie then dapat la gift dari diorang~ Kain penggendong yang tak silap berharga RM169 di pasaran.. suka my sister bila CikUna bagi tu.. hehe tapi tak sempat nak snap gambar benda alah tu dan sila nantikan gambar kami dikeluaran majalah Pa&Ma keluaran June nanti eh eceh promote hehe..then CikUna & adik ada join contest model tudung lalala.. adik le jadi model & CikUna la pereka fesyen tudung yang tak bertauliah tu.. so, dapat la kami gift tudung dari penganjur~ Tudung People~ pic kami yang ni boleh di lihat dikeluaran majalah DARA keluaran June juge.. lalala

ianya selendang panjang yang CikUna pun tak berapa Pro nak pakai..hehe


Tilik~Belek~CikUna :- kalau nak pergi ketempat sesak macam nie dinasihatkan jangan bawa anak kecil & awasi segala barang berharga anda okey.. (^.^*)//

Thursday 26 April 2012

Earth Quake 8.7 sr ........

Salam semua.....

Benda dah lama tapi baru nak update sekarang.. heh dah basi dah kan ? kan? AAK je.. 
Hari tu, 11th April 2012 = wednesday kan diistiharkan Public Holiday kerana Hari pertabalan Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim. Daulat Tuanku.

Okey, sebenarnya CikUna bukan nak cerita pasal Public Holiday tu tapi nak cerita yang hari tu CikUna dengan rakan-rakan seperjuangan ( skema je ayat.. hehe ), pergi ke Genting Highland, Pahang.... Memang betul2 teruja la coz itu adalah pengalaman 1st seumur hidup ( pssttt.. bikin malu jah..kui2 ) Punya teruja.. dok main semuanya dari yang tak best sampai yang best gilerrr.. ( eceh ayat tak menahan.. ) Tapi serious best, habis games outdoor dan indoor kami redah even tiket beli yang outdoor.. haha

Dan...dan bila CikUna sampai je rumah semua dok tanya, " KakChik tak rasa Lindu ke ?? Haaaa ??? CikUna dengan terpinga2nye + muke tak perasan apa2 pun mengaku je tak rasa pun.. hoho.. tapi current news menunjukkan banyak kawasan yang terlibat especially di Indonesia.. Alhamdulillah tak de nyawa terkorban ( eyh ade kot ntah.. ) Apa pun semoga ia menjadi satu peringatan untuk kita dari ALLAH...

*** Jum layan je la gambar yang ado.. hehe gambar fliers je lor.. tak menyempat nak berposing bila dah leka bermain2 tu.. hehe




~ ( ^.^ ) // : Apa yang terjadi ada hikmahnya. Kerana apa yang pahit tu disebaliknya tersembunyi suatu kemanisan yang tak terhingga...

\\ ( ^_^* )~ : Ya ALLAH, tabahkan hati hambamu ini.. berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi segala dugaanmu Ya ALLAH. Tetapkanlah iman kami semua hambamu. Jangan kau pesongkan hati kami kejalan kemungkaran.. Kasihanila IbuBapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami.. Amin ya rabbal alamin...

Tuesday 17 April 2012

Kerja Vs Hujung Minggu....

Salam pagi Selasa ( eyh tapi post dah malam dah nie.. ahaks ) .... Dimulakan dengan Bismillah... Disudahi dengan Alhamdulillah... Eceh... Pelik tak u all bila CikUna post entry di weekdays nie ??? hehe..

Saje je nak suprise ( sila abaikan keberanganan buah delima patik ni ye wahai rakyat jelata.. eceh.. ) 

Bukan apa just nak share something yang maybe u all semua yang sudah bekerja pernah lakukan iaitu.... STAFF CLAIM.. haaa cepat mengaku.. pernah buat kan ? kan? haaa ni la salah satu kerja yang CikUna pun 'ter'buat gak.. hehe.. Just nak meluah kepeningan bila ada beliau2 yang dok tulis pun menyiksa mata, dok susun segala resit2 & bill2 tunggang terbalik tak ikut tarikh... dan.. dan macam2 la peel diaorang ni khen.. huhu.. So, pesanan CikUna buat semua yang ingin buat claim, before submit tu make sure la ianya tersusun rapi & kemas kan ? At least sejuk sikit hati even ada typo calculation pun... eceh... Bertimbang rasalah anda sebelum claim anda ditimbangkan OK... hehe =P



Beberapa bahagian yang dibawa pulang... ( sudahnya kene marah dengan bapa tau coz bawa balik kerja kat rumah.. wuuu )

Sunday 15 April 2012

Aku adalah Aku...

Salam sejahtera semua... Sorry lama sangat tak mengupdate ni... blurrr sangat2..

Hurm.. tiba2 terlintas sesuatu yang maybe boleh disharing iaitu.....

SEMUA ORANG TAK SEMPURNA. OLEH ITU, ALLAH JADIKAN SETIAP INSAN UNTUK SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN. JADI RASANYA TAK PERLULAH KITA BERLAKON ATAU HIPOKRIT UNTUK MENJADI ORANG LAIN SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU ATAU SEBAGAINYA. JADILAH DIRI SENDIRI DAN BERUSAHALAH UNTUK BERUBAH KEPADA KEBAIKAN...

Eyh apa2 lah yang CikUna typing ni kan ? Kan? Tapi rasanya fakta tu betul kot.. CikUna buat berdasarkan dari kajian ( ayat tak menahan tue.. ngee =P ) dan.. dan.. pengalaman orang lain dan juga diri sendiri.. Of Course la der dah nama pun berdasarkan kajian.. hehe

macam si L yang cute nie.. dia tak tau nak berpura kura.. jujur & manja je.. hehe ( credit )

Tilik~Belek~CikUna :: tak perlu engkau ragui... eyh ternyanyi pulok.. dush2
                                 :: Jangan compare daku dengan yang lain kerna daku hanya mampu jadi diriku sendiri.. 
                                   owh hidup...
                                 :: Semoga u all semua sentiasa tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan ya..
                                 :: Tahun ni ramai pule member2 sek menengah yang naik pelamin.. huhu tak dan nak
                                   berkejar.. Ampun korang.. mana yang sempat je Una datang huhu.. Thanks jemput
                                   kami untuk meraikan majlis korang !! so sweet !!

Saturday 31 March 2012

Earth Hour 2012

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat semua...

Yoes lama tak update blog tau.. sila lah babab tuan punye belog ini.. hehe...

Malam nie adalah malam earth hour sedunia.. Tak lama pun cuma 1 jam je kan ?? U all tutup tak electric segala nie ?? alaa mesti ade yang sokong kan benda nie ?? hehe Chill CikUna tau dah.. Coz adik CikUna pun sama, tutup je lampu tapi pasang kipas & beron9.. hikhik.. Apa2 je la Labu.. Just nak share yang kalau kita sayang bumi kita sila tolong jangan mencemarkan ia atau membuat sesuatu yang boleh menyakitkan ia coz kita kan sama2 tinggal kat BUMI ALLAH nie.. Tak semestinya time Earth Hour je kan cara nak lindungi BUMI nie.. banyak sebenarnye tau.. haaaa cube share kat sini meh... hehe

credit to google lor der.. hehe..

Tilik~Belek~CikUna :  kat kampung Una ni diorang macam tak pulak nak tutup2 lampu segala.. hehe

Wednesday 28 March 2012

Rayyan Hazem is Two....

Salam u all.... huhu entry lepas CikUna ada cerita tentang kenduri kahwin jiran sebelah rumah kan.. Kebetulan pada 25 Mac 2012 tu adalah Birthday my Nephew yang ke-2..

Nak wish Happy Birthday To Rayyan Hazem bin Raat Hamudy... Semoga menjadi anak yang Soleh dan berguna. Semoga membesar dengan sihat dan bijak.



Happy Birthday from Ayah, Ibu, Atuk, Nenek, Acik Dik, Mama, Achik, Acu...


Kek sedap untuk Birthday Boy.. Nyum2 Sedap tau.. cube teka kek apa ??? hehe



Tilik~Belek~CikUna  : MAMA SAYANG HAZEM !!! hehe dah terlambat baru nak update...hoho

Saturday 24 March 2012

Type Panjang2 + Laju2....

Hari ni dan esok ada majlis kenduri kahwin di rumah jiran sebelah rumah... Anak perempuan ke-3.. Lagi muda dari CikUna yang dah tua nie tapi belum kahwin2 lagi nie..( eceh tua ke ??? hehe )... Sebelum tu nak minta ampun sangat2 coz lama tak update blog.. Nak update tapi selalu tak kesampaian... rindu dekat kawan2 semua... iskhhh.. Sebenarnya... yang sebenarnye, CikUna tengah geram + Sakit hati Arnab dengan seseorang.. Tapi... its ok la, just pendamkan IT di Heart je.. lor terabur bahasa den..hikhik..

Just nak share and nak tanya pendapat u all, apa yang u all akan buat bila seseorang mungkir janji ?? Or ke u all pun pernah termungkir janji juge ?? hehe Chill...

## Peringatan, ini adalah entry terpanjang dari CikUna tau. Jika terasa menci sila click ke button Dashboard ( anda punye sendiri la ye .. hikhik )

Tak pernah terfikir nak meluah di blog tapi disebabkan blog juga hati sakit + merana + hilang rasa percaya & hormat ( minta maaf la if ada yg terasa coz Una pun bukan seorang perfect ). Disebabkan blog Una rasa macam nonsence, nothing... tapi una suke sangat2 dekat blogger yang baik & menghormati seperti Kak Hanis, Kak Ayu, Nisa GreenPanda, Cotton Candy, kak Ujie &Hanamiko ( eceh =P ) dan,, dan sapa2 la yang terase beliau rajin menyinggah tu khen ?? Thanks a lot coz blog u all banyak ilmu dari mengarut karut nie.. Thanks with Love =).

Dan.. dan.. kerana blog juge hati merah CikUna terguris + terluka = berdarah kembali.. Semoga Allah Tabahkan & Kuatkan hati ini.. Amin.. Hope beliau dapat kebahagian dari Allah dan sentiasa di dalam lindunganNYA.. Amin...
:: Hanamiko Sakura ::
Di perkenalkan beliau adalah My Younger Sister yang bertanggungjawab memperkenalkan blog2 segala kepada CikUna.. Beliau sangat sweet ( lobi adik lor..hehe ) sesiapa nak masuk meminang meh cakap pada CikUna ya jangan sembunyi2 macam biskut Chipsmore tue..hehe

Tilik~Belek~CikUna

 :: Tak suka pada penipuan melampau, gurauan melampau, tak jujur, menipu seseorang  hidup2 means depan kita lain belakang lain... Bencinta seh..
 :: Tolonglah berlaku adil sesama manusia & jangan pergunakan / permainkan hati & perasaan orang lain semata2 ingin melupakan atau yang sama waktu dengannye la.. ( Ingatan untuk diri sendiri !! )
 :: Ingat Allah tak pernah tidur ( hehe ciplak ayat sorang kawan nie.. )
 :: Allah Maha mengetahui apa yang terlintas difikiran kita & apa yang ada didalam hati setiap manusia yang secara mata kasarnya @ dari mata manusianya, kita tak tahu apa yang org lain fikirkan.. ( kalau tak tak mungkin ada yang tertipu khen ?? benci!!! )
 :: Hidup ini umpama roda, ingatlah jika kita berbuat sesuatu pasti akan sampai pada kita akhirnya.. ( Ingatan untuk diri sendiri lagi.. uwaaaa.. dush2 )
 :: Alamak terpanjang pule entry nie. sapa malas baca out je ek.. huhu

Sunday 18 March 2012

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK KE NERAKA!!!!

Salam lama tak berentry di blog nie.. huhu sorry ye u all.. Tak berkesempatan.. Nak BW pun tak sempat ni.. Adoyai ampun ye... InsyaALLAH CikUna akan sampai juge BW ke rumah2 u all nanti.. Hari nie just on9 kejap nak check mail kononye tapi g melencong jap sini and nak sharing something yang CikUna rasa no harmful kot kalau nak sharing kan? Okiest meh layan...




1. AYAH 

Seorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. SUAMI 

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. ABANG - ABANGNYA 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. ANAK LELAKI 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” 

(Surah al-Nisa’, ayat 17
 )


credit to her page... =)

Sunday 11 March 2012

Ustaz Don Daniyal...

Alhamdulillah baru je balik dari mendengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal yang semakin hari semakin Famous the Amous tu... Bukan apa, kami teruja nak dengar secara live depan mata nie.. selalu kan just tengok rancangan beliau di TV Al-Hijrah saluran television baru yang islamic tu... Kat situ ada rancangan 30 minit bersama Ustaz Don... Ibu paling suka tengok..

Ok, nak share apa yang CikUna dapat ilmu tadi la...

Ustaz kata, kita orang islam jangan sesekali tinggalkan al-quran dalam kehidupan seharian. Jangan cuma jadikan al-quran sebagai perhiasan didalam ruang solat atau almari2 kaca. Wajib amalkan untuk membacanya dengan bertajwid tau. Beliau ada cakap ilmu tanpa amal berdosa dan amal tanpa ilmu sama seperti memandu kapal tanpa pemandu. Nak tau kenapa berdosa ilmu tanpa amal tu ?? sebab bila kita tahu tentang hukum tajwid tapi tak mengamalkannya bila membaca al-quran, maka kita akan dilaknat oleh hukum2 tajwid tu... Samalah bila kita tahu sesuatu hukum Allah tentang sesuatu yang haram tapi kita menghalalkannya.. hurm.. kira matlamat tak menghalalkan cara okey...

hurm.. okey la actually banyak yang CikUna dapat tadi tapi tak tau nak type macamana. Takut u all malas nak baca khen?? hehe.. kecuali kalau ada permintaan la..eceh berangan buah longan.. Padahal boleh je search kat google atau you tube atau yang sama waktu dengannya la kan? kan? Chill..
Ustaz Don yang Awesome... i Loike..=)

Saturday 10 March 2012

Cuba la Amalkan... InsyaALLAH...

Assalamualaikum & Salam malam minggu ..... ( sambil gosok2 mata yang terasa bagai ada happy glue ...ngeee ).

Apa lah nak share eh malam nie... hurmmm... ( sambil kerut dahi, angkat kening sebelah kiri, muncung mulut sikit & sentuh pipi dengan hujung jari telunjuk... ) waaahhh panjang semacam description itu... haha

TING-TONG !!! haaa .. dah dapat !!! 
                                                                           Google image..

Ok nak share beberapa amalan yang bukan menyesatkan insyaALLAH...

* Amalkan membaca surah Al-Waqiah tiap2 selepas solat subuh selama 40hari berturut tanpa ponteng ( bagi lelaki mudah la tapi perempuan??? tapi preggy women ok kot kan? hehe ). InsyaALLAH rezeki akan datang tanpa disangka... seelok2nya dijadikan amalan selalu tau.. ni pun salah satu wasiat Lukmanul Hakim kepada anak2 beliau.

** Amalkan membaca ayat Seribu Dinar sebanyak 3x tiap2 selepas solat fardu. InsyaALLAH akan dimurahkan rezeki kita oleh ALLAH...

Apa pun, kita mesti lah sentiasa berusaha untuk melalukan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA... Pesanan untuk diri sendiri juga... Sebagai hamba Allah yang selalu pelupa & berharap kita saling ingat mengingati... Love U all my dear Friends...


Tilik~ Belek~ CikUna = Ibu selalu berpesan supaya niatkan segala yang kita lakukan kerana ALLAH... semoga apa yang kita buat akan diredhai dan diberkati...InsyaALLAH...

Tuesday 6 March 2012

3 Serangkai....

Apa  yang u all semua faham tentang 3 serangkai nie ?? Apa yang dok berpinar2 di atas kepala kalian ?? 3 serangkai cukup sinonim dengan penyakit bukan ?? Entry ni tak berkaitan langsung dengan apa2 yang boleh mendatangkan syak wasangka okey..

Kalau seseorang itu ditimpa penyakit Kencing Manis + Darah Tinggi + Jantung = 3 Serangkai Serious tu la kan.. Harus la.. harus apa ?? Jaga kesihatan dengan sewajarnye hokey ?? Nak2 kepada sesiapa yang mempunyai nasab keturunan yang ada 3 serangkai ini.. huhu macam bapa cikuna yang ada Kencing Manis @ dikenali sebagai Diabeties Meletus.. Nak2 bila beliau dah semakin berumur nie.. kene take care my dear bapa.. LOVE U BAPA... eleh u all pun mesti sayang father u all juga kan ? kan ? Chill.. sama2 la kita menyayangi.. So, tiada istilah jelous menjelous k?

Ada juge jenis penyakit 3 serangkai lain yang tak berapa nak serious la kot tapi boleh mendatangkan ketidak selesaan pemilik badan iaitu Selesema + Batuk + Demam... huhu sungguh haru nak2 kalau ia terjangkit pada baby2 bawah umur serta ibu2 preggy ( kak Hanis, take care ya.. )... Sesungguhnya CikUna sedang terjangkit dengan 3 serangkai ini.. wuuuu.. MC lagi.. Diharap kepada semua teman2 dapat menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya ya.. dengan keadaan cuaca yang tak menentu begini ( Malaysia ) la.. kalau dekat over the sea tu lagi la kan....

Apapun kita sebagai hamba Allah kena redha dengan ujian dariNYA... semoga mendapat keberkatan.. Orang kata kalau kita sakit, means Allah nak cuci dosa2 kecil kita tapi kita kene redha la bukan berkeluh kesah... Wallahualam.. 

gambar hiasan... gara2 cikUna tak pandai melukis >,<


Tilik~ Belek~ CikUna :- Alhamdulillah & semoga u all semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. Amin.. \\( ^_^ )//

Sunday 4 March 2012

Kenapa Suka Tak Serious ??

Tak Serious a.k.a Bergurau...

^^ Kisah Pertama :-

Suatu hari di sebuah tempat peranginan yang ramai orang lalu lalang dan bukan sunyi. Sepasang kekasih yang tak tentu pun kekasih ( sebab tak pernah declare...hehe ) sedang asyik berpicnic oppsss silap memadu kasih ( bukan buat tak senonoh tau ) sambil asyik bersembang ntah apa ntah. Dari satu topik hingga ke topik lain. Dalam masa yang sama si En Lelaki telah termengada2 merayapkan tangan ketamnya sehingga ke destinasi yang tak sepatutnya.... Tiba2... Paaaanngggg!!! "Adoy Darling... Abang tak sengaja.. Abang bergurau aje... Abang nak test je Darling alert ke tak.. iskkhh.."

^^ Kisah Kedua  :-

Di sebuah kedai kopi yang memang terkenal dengan kopi kaawww nye, seorang pak cik yang belum la beruban sangat datang bertandang demi secawan kopi kaaawww kedai tersebut... Setelah mendapatkan kopi yang dipesan, beliau pun menghirup dengan nikmatnya... SSyyyuurrrppp... hurmm sungguh menyelerakan... Dan..dan sesuatu yang tak disangka telah melanda, Paappp !! Lipas !!! GLUPPP !! uhuk2.. maka terbatuk2 la pak cik tadi sehingga menyebabkan penyakit asmanya menyerang dengan seriousnye... beliau hampir2 terjelungup di atas cawan kopinya... iisskkhhh.... "Bang... maaf, Nor bergurau je tadi nak test abang tu sedar ke tidak kalau dah syok sangat hirup kopi tu..."

^^ Kisah Ketiga  :-

Pada suatu petang yang syahdu. Kelihatan sepasang ibu dan bapa sedang menghabiskan masa dengan wajah yang bermuram durja. " Bang, apalah nasib anak kita tu ye ?? asyik dipermainkan saja hati dan perasaannya.. masuk kali ni dah 2 kali dia putus tunang... Bidah tak sampai hati menatapnya..." luahan penuh tulus dari seorang ibu kepada si bapa diatas peristiwa pahit yang menimpa anak bujang kesayangannya. Nak dikata tak berupa, kacak juga. Nak dikata tak mampu menyara, bekerja dan berjawatan lagi. Nak dikata tak cukup iman, sudah dipenuhkan dadanya dengan ilmu agama... Tapi... " Ntah la Bidah, kata keluarganya budak perempuan tu tak serious pun masa terima lamaran anak kita... Bergurau aje dia sebab budak tu tak bersedia lagi..." 


Ntah apa la motif ketiga2 short story mory yang CikUna nak sampai kan... tapi just nak share yang tak semua orang boleh terima semua gurauan & ke tak seriousan yang kita ucapkan, lakukan mahupun terlukis...opppss tersasar kejap..hehe..Moral of the story, jangan la dibuat bergurau benda2 yang boleh menyebabkan hati kita & orang lain sakit / terluka / terasa / apa2 aje la... Apa pun jangan la bergurau sampai tahap membelakangkan agama, maruah, bangsa dan negara ye.. heh macam kempen bina negara pulak. ye la takkan la sampai kita dah terbuat sesuatu yang menghacurkan hidup / hati seseorang pun still nak pertahankan diri dengan berkata " I bergurau jer.." huh sungguh kejam je statement itu.. menci tau..
Curi pic dari my scandal's blog.. Ampun Achie, belum minta permisi nak curi nie..dush2

Tilik~ Belek ~ CikUna : CikUna pun suka bergurau gak tapi tak de la sampai ke hal2 yang sensitif sampai    menyakitkan hati... iskkhh tak suka.. Sebab diriku pun tak suke terima gurauan terlampau..hikhik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...