Tuesday, 23 October 2012

i-Akaun...

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Dulu CikUna ada berjanji nak share information apa yang CikUna tahu pada semua dan insyaALLAH ilmu sangat berguna untuk semua terutamanya wargaNEGARAku yang tercinta ini... Pengalaman serta ilmu yang CikUna dapat dari datang kerja hari-hari di KWSP... hihi..

First, nak tanya dulu adakah u all semua sudah mempunyai akaun KWSP ?? eh lupa nak mention yang pertanyaan hanya ditujukan khas buat mika2 yang sudah bekerja samada dalam sektor swasta atau kerajaan ( kontrak ). Tak terkecuali kepada yang jadi majikan eh...jangan mengelat nak mencarum untuk masa depan anak2 buah tu.. penat tau diorang kerja... kan?kan?

Ok lah... sebenarnya, CikUna just nak share benda baru yang KWSP dah start promote maybe sebelum CikUna menapak dekat situ lagi kut... i-Akaun... pernah dengar atau terbaca apa2 info tentang i-Akaun tak ?? hahah... oleh kerana CikUna ditempatkan di bawah Seksyen yang mempunyai hubungkait besar serta akrab dengan produk KWSP ie website myEPF &  kiosk. So, sedikit sebanyak ilmu yang ada bolehla dikongsi bersama.

Tahu apa kelebihan i-Akaun ni? ianya salah satu cara pihak KWSP untuk memudahkan ahli2nya untuk menyemak dan mencetak penyata akaun KWSP, membuat pengiraan untuk mengeluaran ( akaun ke-2 je tau jangan pandai2 nak kira akaun ke-1..hihi ), menyemak penamaan ( kempen terbaru yang akan CikUna kongsi info kemudian ), mengemaskini maklumat diri.. etc


sila klik banner ni untuk ke mendaftar i-Akaun

Proses pendaftaran tak payah nak susah2 ke ATM withdraw duit pun, cuma perlu ke mana2 kaunter KWSP yang terdekat atau mana2 mesin Kios KWSP untuk mengambil kod pengaktifan. Dengan kod pengaktifan tu lah baru boleh mendaftar ke i-Akaun dengan mengekses internet je... mudah je kan?? Sambil2 berblogwalking boleh semak & cetak penyata sekali ( kalau diperlukan la eh.. =P )...

InsyaALLAH di lain entry CikUna akan share cara2 untuk mendaftar i-Akaun dan banyak lagi... Tapi jangan tanya CikUna macamana nak keluarkan duit dari akaun 1 k.. yang tu kena make sure umur dah cukup 55 baru boleh cerita k .. hahaha

Sekian dari CikUna pada entry kali ini...

Typing off ~~~~<<<<<< 






Saturday, 13 October 2012

Sesungguhnya....


Terjumpa di FB seorang sahabat... Bila baca terasa nak share dengan kawan2 juga tak kira... Sesungguhnya tak ada manusia dalam dunia ni yang sempurna. Apa yang terbaik jadilah diri sendiri. Tak amo 'Hipokrit' dan belajar terima orang disekeliling kita dengan ikhlas... InsyaALLAH...


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita i

kut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,
 Photo: Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,Renungan :~ Biarlah apa pun orang nak kata kan, yang penting hubungan kita dengan ALLAH terjaga.... =)

Saturday, 29 September 2012

Setelah Lama Menghilang... Dimana CikUna ???

Yuuhhoooo... uhuk2.. lama dah rasanye tak terjah2 rumah kawan2.. Ampun maaf dipinta ya.. InsyaALLAH kalau tiada aral CikUna akan tinggalkan jejak juge nanti...

Huh..membebel sudah... just nak berkata2 didalam blog yang susah sangat ke untuk kita saling memaafi & berlaku jujur ??? CikUna tak rasa 2 perkara tu amat membebankan umat Rasulullah S.A.W kan ??

******

Haih, tajuk tak beringat... macam ada orang yang nak ingat pada CikUna ni... hehe... Anyway memang dah lama tak menulis blog apatah lagi selepas bertukar kerja baru ni... Bertukar kerja baru ?? hehe.. Alhamdulillah pada 3 September 2012 CikUna telah mendapat kerja tetap yang diimpikan...Alhamdulillah Syukur... Akhirnya rezeki CikUna sampai jua.. Actually CikUna pun tak ingat bila masa apply.. dan dah lama pun ianya berlalu... tapi rezeki ALLAH kan, DIA kurniakan pekerjaan tetap yang memang terjamin dimasa hadapan insyaALLAH.. Ni nak share pengalaman time interview yang dah lama dizaman purba kala dahulu.

Tak sangka pun dapat sebab time interview CikUna selamba je.. Siap menjadi bahan usikan tuan2 serta puan penginterview ( sekarang ni diorang tu bos CikUna dah..=) )... Bila ditanya CikUna sanggup tak untuk jika ditempatkan di  cawangan Sabah / Sarawak ?? Tak tahu la macamana boleh spontan mulut ni menjawab 'InsyaALLAH i'm willing to be there as long as still single ' habis bergelak ketawa 3 orang interviewer tu.. CikUna tak rasa pun benda tu kelakar tapi maybe terlawak kut pada diorang. Siap usik lagi mana tahu jumpa jodoh orang sana... Mulut tersenyum jugelah tapi dalam hatiKU berkata2 ' untunglah jadi orang yang single tapi tak available nie haha'. Nasib CikUna ni dah tak berperasaan dek kerana penangan masa sajian dizaman silam ni... Dan inilah interview pertama dan terakhir CikUna yang masuk beramai sekaligus.. Rasa seperti nak ke exam MUET tau.. hehe.. Dan inilah juga interview pertama dan terakhir CikUna yang interviewer tak tanya pun tentang company mereka tetapi meminta pendapat ' Kenapa Generasi Y suka bertukar-tukar pekerjaan ?' haaaa... apa lagi, jawab jangan tak jawab.. yang penting jujur dan berfikir sebelum menjawab soalan... Apa yang penting Ikhtiar/Usaha + Doa + Tawakal = InsyaALLAH kejayaan... Apa pun jangan lupa mohon restu serta doa dari Ibu dan Bapa kita...



Disinilah Destinasi BAru CikUna...


Telek~ Belek~CikUna :: InsyaALLAH next entry, CikUna akan share sedikit sebanyak tentang ilmu yang CikUna dapat disini untuk masa depan semua...
:: Thanks kak ujie sebab masih sudi menjenguk rumah usang nie... hehe

Sunday, 29 July 2012

Siapakah Si Comel Itu ??????

Jari menekan laju setiap huruf diatas keyboard yang baru sahaja dibeli pada petang kelmarin.... Rasa berdebar dihatinya tak dapat digambarkan melalui setiap bait puisi yang dikarang olehnya... "huh kenapalah dengan engkau ni Nana..... jangan ter'perah' santan please.. dia tak de perasaan pun dekat engkau tu" haih.. penat bermonolog dengan akal fikiran yang dirasakan tak cukup waras pada waktu begini. " Arghhhh !! baik aku mandi dulu bagi sejuk kepala ni "

**@**@**@**@**@**

Petang itu, hujan turun renyai-renyai. Tanpa mengindahkan keadaan sekeliling Nana pantas berlari anak menuju ke kaki lima berhampiran dengan perhentian bas. Tanpa disangka, Nana tergelincir akibat dari tapak kasutnya yang haus. " Aduh !! " " Ya Allah encik tak ada apa-apa ?" spontan dia berkata kerana pada ketika itu banyak mata yang melihat mereka berdua. Ya mereka berdua. Nana dan pemuda itu. Akibat insiden tergelincir tadi, Nana dengan tindakan drastiknya telah menarik lengan baju seorang pemuda dengan harapan dia dapat menstabilkan semula dirinya tetapi kedua-duanya telah jatuh terduduk sekali. " Minta maaf encik, saya tak sengaja... " sekilas matanya terpandang akan mata si pemuda dihadapannya. " Glurrppp.... errrrr " Nana meninggalkan si pemuda tadi terpinga-pinga. Dia ingin cepat mencari apa yang dihajatinya dan segera pulang kerumah kerana dirasakan satu Plaza Low Yatt memerhatikannya dengan ejekan " eeee.. Nana tak malu mengorat orang dengan cara tu... " Namun digagahkan juga kaki menuju ke kedai alat gantian komputer kerana memikirkan yang ada tugas yang perlu diselesaikan segera.

**@**@**@**@**@**

Selesai membeli keyboard, Nana terus sahaja melangkah keluar bangunan itu. Tidak sanggup duduk di situ lama-lama. " Alhamdulillah hujan dah reda sikit... semoga cepat dapat bas " " Tennggg !!! " " huh " Nana terasa ada sesuatu yang terjatuh berhampiran dengan kakinya." Owh payung rupanya..." Dia tanpa berlengah terus tunduk dan mengambil payung itu dan menghulurkannya pada tuan payung. " Assalamualaikum.. " " Aaaaa....." " Eh, tak baik menganga luas-luas macam ni tak comel tahu.. hihi" " Anyway, thanks ya tolong ambilkan payung saya, saya segan pula nak ambil payung tu sebab dia jatuh betul-betul dekat dengan kaki awak..." " Ermmm.. its ok, benda kecik je tu" " Awak yang terjatuh dengan saya tadi tu kan ? " " Alamak !! Iskkhh.." merah padam muka Nana dibuatnya. Malunya dia. Diikutkan hati mahu saja dia masuk kedalam beg plastik keyboard yang baru dibelinya itu tapi apakan daya plastik itu kecil saja. " Errrr, ssssyyy.. saayy.." " Eh jangan takut la dengan saya, saya tak makan mulut orang, makan roti je.. " ' Eh mamat ni, boleh pulak dia nak berlawak kerak dekat sini.. dah la aku tengah malu gila ni...' monolong Nana sendirian... " Saya Isma, Isma Afiq..." tersedar Nana dari lamunannya ' Alaa.... tak tanya pon...' " Kenapa diam? Awak tak selesa ke dengan saya ?" Isma berbasa- basi ' Eh, jual mahal jugak eh minah nie.. ermmm.. comel..' " Ermmm, saya Nana. Saya minta maaf pasal tadi. Saya tak sengaja.." " Eh tak perlu minta maaf dari saya, saya yang sepatutnya minta maaf dari awak Nana.." "Aaaaa..kenapa ?" " Sebab saya yang sepatutnya jadi penyelamat, alih-alih saya jatuh terhimpap awak. Tentu sakit kan orang besar macam saya terhimpap awak? Minta maaf ye.." " Owh.. itu.. Ermm.." Memerah mukanya lagi. Pada ketika itu bas pun sampai. " Awak pun naik bas ni juga ke ? " " Ha'a, motor saya, saya tinggal dekat masjid tadi.. susah kan nak cari parking time hujan tadi. Lagi pula ada benda urgent nak buat tu yang naik bas je tadi.." "Owh..." sesungguhnya Nana tak tahu harus bagaimana dia hendak bersembang dengan orang lain. Lagi-lagi dengan lelaki yang baru dikenali. Itu pun disebabkan insiden terjatuh tadi. " Ermm..oklah saya dah sampai, nah ni barang awak. Tadi awak tercicir masa terjatuh tadi. Tak sempat saya nak panggil awak dah menghilangkan diri..." " Erk.. uncang kunci rumah... Alhamdulillah.. terima kasih ya awak..." hampir dia terlupa dengan uncang itu disebabkan insiden tadi. "Iskhh.. " Baru saja dia hendak memandang wajah itu, bas sudah pun bergerak perlahan-lahan. Dari jauh Nana lihat Isma tidak terus ke motorsikalnya tapi dia menuju ke dalam masjid. Ya kedalam masjid. Lama diintainya takut Isma hanya berlakon baik tapi... " Alhamdulillah.. baiknya dia... biarpun dia tak sekacak Anuar Zain tapi akhlaknya sangat comel... ermm..." Nana terlelap dalam lamunannya.


**@**@**@**@**@**


5 tahun kemudian... di sebuah rumah yang tidaklah sebesar dan semewah mana tapi didalamnya penuh dengan kasih sayang, keceriaan, cahaya keimanan & kemurahan rezeki yang tak ternilai.

**@**@**@**@**@**

" Mama !! Mama !! tengok ni abang dapat apa ? " " Dapat apa sayang ? meh mama tengok.." sambil memangku si kecil yang berlari-lari kearahnya. " Eh cantiknya buku ni.. mana Amin dapat ? " rasa teruja bila dapat melihat dan memengang hasil kerjanya yang telah siap cantik di bukukan serta dijilidkan mengikut setiap topik. " Ehemm... suka tak ? " " Abang !!!... abang ke yang buat semua ni ? " Nana terus mencium  dan memeluk suami tercinta. Tak sangka hasil tulisan yang selama ini di daya upaya disembunyikan telah berada dipasaran. Dulu, dia tak pernah ada keyakinan pada semua hasil karyanya sehinggalah dia bertemu dengan Isma Afiq. Suami yang berada dihadapannya sekarang. Dialah yang selalu menyakinkan dan memberi pendorong padanya agar mempercayai setiap manusia ada kelebihan yang Allah kurniakan. " Abang... terima kasih kerana sudi untuk terus mendampingi Nana ya..." Air mata merembes laju. Teringat dia pada masa lalu. Dia lah wanita yang tak pernah percaya bahawa ada lelaki yang sanggup menerimanya kerana dirasakannya diri tidak sesempurna wanita lain. Dia tidak secantik Erra Fazira, tak segebu Zizie Ezzeti, tak secerdik Lisa Surihani tapi semuanya berubah apabila dia bertemu dengan pemuda bernama Isma Afiq. " Sayang... hey.. kenapa ni? Dah la tak nak nangis macam ni... tengok Amin pun tak nangis kan Amin?" Amin mengangguk tanpa mengerti apa yang sebenarnya terjadi. " Abang pun nak berterima kasih pada Nana sebab sudi terima abang yang tak seberapa ni. Kalau nak diikutkan abang ni tak sekacak mana, debab, pendek, hidung pesek tahu... hehe " sambil mencuit hidung isterinya. " Tapi abang tetap comel dihati Nana... Abang tahu, dulu lelaki idaman Nana kan, orang yang berisi tapi tak gemuk ok, hidung mancung, tinggi.... " belum sempat Nana habis berbicara " Aaaaaaa.... geliiiiii.. tak amo.. tak amo.. ampun taubat..hehe geli abang..." habis digeletiknya Nana sampai terguling-guling. " Ok..ok.. memang Nana tak dapat semua tu tapi Allah bagi yang lebih baik ok.. " " Dia comel, romantik, baik, penyayang, cool men.. yang penting beriman.." " Nak tau siapa ??" Sambil mengangguk kepala Isma memeluk erat pinggang si isteri. " Abang la imam yang paling bertuah tu..." " Terima kasih abang... sayang abang sangat.. muuaaaaahhh.." "eh.. manjanya dia mengalahkan Amin ni.. meh sini.." "Aaaa.. lari Amin.. tak amo.. tak amo.." Sesungguhnya didalam hati, Nana bersyukur tidak terhingga kepada Allah kerana telah memberikan dia peluang mengecapi kebahagiaan.

**@**@**@**@**@**

## Finally, terpublish juga kispen ntah apa2 ni.. hope ok lor...
## Kepada Iffah, Reenapple, Nong Andy, Loy Da Sun, Emira.. silalah komeng buah tangan 1st CikUna ni.. hehe 
## Tak lupa juga pada mama baru Hamza Chan...konon nak bagi isi masa lapang le tu.. hehe
## juga to my sis...
## Opppppsss.. dah2.. macam ape je kan CikUna ni.. 
## Ok babai.. see ya in the next entry yang tak tau bila ntah.. hehe..


Friday, 6 July 2012

Demam Bola....

Salam sejahtera & Salam 1 blog semuanya... Lama dah tak update bloc CikUna ni.. Ni pun dipaksaan (owh my manglish)... Maka terhasillah entry yang bermotifkan bola..

Back to the title of the blog 'Demam Bola'.. Even dah Terlewat nak juga ucapkan Tahniah pada Team sendiri - Sepanyol the vasss... Eceh macam la CikUna yang main kan.. Tapi menang tak Dinafikan ramai antara u all yang sanggup tak tidur malam or berjaga pagi2 buta tu semata nak tengok Euro Final tu kan? Kan? Jangan nak tipu la sebab CikUna nampak muka2 ngantuk u all dekat belakang pintu gol tu la..hehe

Jangan tak percaya CikUna pun antara yang Berkampung dekat de an TV tu.. Siap dah tidur petang tu konon tak nak bagi timing tidur tu lari haha.. =) tapi serious excited sebab Team CikUna yang ke Final tau... CikUna siap record siapa yang jaringkan goal & minit keberapa okey.. Tak percaya juge ke ? Hokey, 1st goal by David Silva pada minit ke 14, 2nd goal by Jodhi Alba pada minit ke 41 3rd goal by my Fernando Torres
pada minit ke 84 & the last goal from Juan Marta pada minit ke 88... Hehe

My Hero... hehe

So,pada team lain tu tak apa next Euro boleh Cuba lagi k.. All of u are very talented.. Ceh mengalahkan coach tepi Padang tu haa.. Haha



Friday, 8 June 2012

Gelombang UAI di Masjid Biru....

Assalamuaikum wbt dan salam 1 blog semua.. eyhh nak jugak kan? gediks je..



Masjid Biru ?? Tak tau kenapa CikUna gelar dia Masjid Biru... Mungkin sebab kubah dia biru kot.. hehe Tapi CikUna suka datang & singgah Masjid Biru ni especially weekdays sebab perjalanan pulang kerumah pasti akan melewati waktu Maghrib jadi Masjid Biru ni la yang CikUna suka sangat singgah.. Masjid ni banyak 'kenangan' bagi CikUna.. hehe

Sebenarnya dah lama nak update entry ni. Dah berhabuk dah dalam draf list tu tapi ntah le... CikUna minta ampun ya pada yang selalu jenguk blog CikUna nie... 

Berbalik pada tajuk entry, disini CikUna nak ucapkan terima kasih sangat pada Kak Ujie sebab 1st CikUna dapat tahu ada Ceramah UAI ni dari blog beliau.. Even selalu singgah Masjid Biru ni pun CikUna tak terperasan pula iklan2 yang ditampal di notis board. Memang seronok dengar ceramah UAI ni.. tak mengantuk langsung.. Betapa 'famous'nya UAI ni sampaikan parking pun tak ada tempat.. Sepanjang jalan hingga ke Tasik Shah Alam orang ramai memakirkan kereta.. haha termasuk CikUna.. Penat jalan jauh tu.. Tapi rugi pada siapa yang tak datang sebab serious terbaik !! Ada satu part Q&A session, UAI jawab soalan seorang suami orang ni " kenapa perempuan (wife dia) preggy, suka berperangai pelik dari time tak preggy " Jawapan UAI simple tapi kelakar habis " sebab dalam tubuh wanita mengandung terdapat satu lagi roh iaitu anak dalam kandungan. Sebab tu kadang2 wanita mengandung nie suka berperangai pelik & mengidam macam2.." kata UAI lagi, " kalau tak nak isteri tu berperangai pelik, jangan buat dia mengandung la..." haha.. time tu satu masjid gelak2... ermmm...

Pemandangan dari kawasan air pancut. kat kawasan ni semua penuh dengan gerai2 saje..

Jari2 Comel menaip ~ Minta maaf pada semua kenalan tak kira kenalan blogger, sekolah, university, kerja dan sebagainya... 
Terasa nak mengarang cerpen macam penulis cerpen otai kat blog tu tapi asal idea datang je, ada problem lain muncul...ermmm sabar je la..

Saturday, 12 May 2012

Number One For Me...

Salam.. just nak share lagu nie...
IBU, you are the number one for me.... Love You ..



Layan je lagu Maher Zain  yang awesome nie...

*** Hari sabtu yang blur... hari nie sepatutnya CikUna kene attend exam PTD dekat Sek Men Sek 27 Shah Alam... Tapi CikUna tak yakin coz tak sempat nak study apa pun... Asal balik rumah letih dengan kerja office yang tak pernah nak habis2 tu.. iskhh

*** Hari nie ada career fair dekat Stadium Nasional Bukit Jalil ( heh bukan hari nie je, actually dari 11/5/2012 - 13/5/2012.. sila lah bersesak disana bagi yang sedang mencari2 kerja hehe... )

*** Semalam CikUna bermalam di rumah my best friend~ Aimie~... ada sesi meluah perasaan sikit setelah sekian lama tak berjumpeh. eceh padahal selalu hangout.. lalala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...